Pages

Monday, 16 April 2012


RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN    1

Tarikh/Hari : 21.02.2012 [Isnin]                                   Masa :  11.15 – 12.15 tengahari [1 jam]

Kelas  :  1  Delima                                                       Bilangan Pelajar : 35 orang

Matapelajaran : Bahasa Malaysia
 Tema : Kebersihan.
Tajuk : Menjaga kebersihan diri.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1.   Mendengar  dan mengecam perkataan  yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
2.   Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi sukukata terbuka  dan  tertutup  yang didengar  dengan  betul  dan  tepat.
3.  Memahami  dengan  memberi makna  perkataan  yang mengandungi   dua  atau tiga suku kata dengan  sebutan yang betul.

Pengetahuan  sedia ada :
                   Murid-murid telah mengenali anggota badan mereka.

Konsep :  Cara-cara menjaga kebersihan diri.
Bahan :    Gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja, ICT
Nilai   :   Jaga kebersihan diri.

Kemahiran :
Fokus utama ; 1.2  Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, sukukata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
          1.2.4  Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
Fokus sampingan ; 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan

Aktiviti Guru
Aktiviti  Murid
Set  Induksi
(2 minit)
Mengenal anggota badan
1.Guru memanggil seorang murid ke hadapan kelas sebagai model.

2.Guru menunjukkan anggota badan kepada murid.

Contoh : tangan, mata, kaki, mulut, jari

1.Murid-murid lain menamakan anggota badan kawan yang ditunjukkan oleh guru

 Langkah 1
(5 minit)
Mendengar dan menyebut nama anggota badan
1.Guru menamakan anggota badan.

2.Guru meminta murid menyebut semula anggota badan yang disebut oleh guru secara individu, kumpulan dan kelas.

1.Murid mendengar dengan teliti.

2.Murid menyebut nama anggota badan yang disebut oleh guru secara individu, kumpulan dan kelas.

Langkah 2
(10 minit)
Menyebut dan mengecam perkataan
1.Guru menunjukkan gambar anggota badan dan meminta murid menyebut nama anggota badan yang ditunjukkan.

2.Guru membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.

3.Guru menyebut perkataan dan meminta murid menyentuh bahagian badan yang disebut.
1.Murid memerhati gambar dan menyebut nama anggota badan yang ditunjukkan.

2.Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.

3.Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.

Perkataan:
-kaki
-mata
-mulut
-leher
-hidung
-perut


Bahan:
-gambar anggota badan
-kad perkataan

Langkah 3
(10 minit)





Cara-cara menjaga kebersihan diri
1.Guru menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.

2.Guru meminta murid mengeja dan membaca kad perkataan serta memadankan dengan gambar yang diberi.

3.Guru meminta murid mengeja dan membaca semula perkataan yang disebut dengan betul.
1.Murid mendengar dan menceritakan semula cara-cara menjaga kebersihan diri.

2.Murid mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.

3.Murid mengeja dan membaca semula perkataan dengan sebutan yang betul.








Lembaran kerja 1
Langkah 4
(10 minit)
Kata Nama Am
1.Guru menyebut perkataan berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.

2.Guru meminta seorang murid kehadapan kelas untuk mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulanginya.

3.Guru akan meminta murid menyebut perkataan pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

4.Guru meminta murid mengkelaskan perkataan pada lembaran kerja yang diberi.
1.Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.

2.Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulangnya.

3.Murid menyebut perkataan dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

4.Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada lembaran kerja yang disediakan.


Lampiran 1








Lembaran kerja 2

Monday, 2 April 2012